Assalamualaikum n Salam Sehat sumer-sumer yang ada ^^,
(ni entry aku paling pendek . biar aku bermula sedikit tapi berterusan . boleh kn?)
Dingin pagi tadi , nyaman berhembus sepi . Mak sedara den bagitaw kat den . yang mak kepada pak sdara aku meninggal . seriously masa tu aku terpingga-pingga . aku jawab bukan dah bagi taw ke semalam .
"Mana ada.." . aku jadi pelik . oh semalam masuk hospital . pagi tadi meninggal . meninggalkan dunia .
Baru lah aku sedar . masa tu jugak aku fikirkan tok aku yang masih lagi hidup (alhamdulillah) . agaknya apakah aku akan kuat hadapi saat tok aku pergi nanti . lantas aku fkir , bila pula masa aku nanti . kita tak tahu dan tak pasti . yang pasti mati itu pasti .
Terkadang kita sedar tapi hanyalah sedar . Terkadang kita tahu tapi hanya tahu . Aku juga masuk dalam golongan macam tu . yup!! aku ngaku . kita juga mungkin macam tu . mungkin tak semua cuma segelintir ..
Pernah masa tu aku bergetar bila mengenangkan masa mati . tapi sekarang aura itu seakan pudar . namun tiba semula rasa itu bila fkirkan . tidak bergetar kuat , ckuplah menyedarkan . aku harap berterusan . mudah2an
Namun sayang, aku tak dapat pergi ziarah Allahyarham buat kali terakhir . untuk ku lihat wajah si mati yang ku pasti sayu dan aman disana . moga tenteram rohnya bersama orang-orang yang beriman . insyaAllah
so , pada sesiapa yang masih punyai insan yang tersayang . insan yang rapat . hargai masa kalian dengan mereka bersama-sama . kita tak tahu dan tak pasti bilakah kali terakhir kita akan bersama mereka
Aku nak share skit pasal SAAT-SAAT KEMATIAN . ambil lah masa baca . tak salah tak rugi . kan? =)
  | 
| inilah 'rumah' terakhir kita | 
100 hari sebelum 
kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya
 akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau 
bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada 
mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas 
waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung 
kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum 
kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian 
pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis 
nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka 
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat 
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita 
sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan 
wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan 
merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian
 – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
 musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- 
tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian
 – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita 
iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka 
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak 
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita 
nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
 orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat 
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu 
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak 
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar 
ditegakkan.
1 hari sebelum kematian
 – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu 
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan 
ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
 
Hari kematian – Akan 
berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di 
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik
 ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah 
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk 
menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan 
sekarang akan mematikan pula.
*sori lama tak update blog ni . sebab terlalu busy dengan prektikel .. adios ^^.