Sunday 8 April 2012

Jumpa Lagi Nanti - Part One

Assalamualaikum n Salam Ceria sume! >.<

Sangat lama tapak kaki tak melekat dekat jalan kakee ni . sori korang , busy dengan prektikel dan sekarang dah abes dah .

Jadi ,

Aku nak kongsi sikit apa jadi dalam tempoh seminggu hari-hari aku habis prektikel .



*sebelum tu nak bagitaw, post kali ni tak da gambar sangat . sebab rushing nak blik kolej dah ..


ada hepi . ada dingin . ada ribut . ada cerah . ada hujan . cuma jarang hujan . hehe ..

dari hari isnin hingga hari last - jumaat . tiap2 hari aku rasa suram + muram . pada dalaman . senyum aku tetap beri juga . walau pada hakikatnya . berat juga hati aku nak meninggalkan . 

hidup kena teruskan juga . kalau kiri ada kanan . apatah lagi pertemuan dan perpisahan

aku dibelanja bos n supervisor aku . aku dibelanja engneer a.k.a abang angkat (aku dah anggap) . 

korang buat aku rasa selesa dalam tempoh aku nak habiis prektikel . usaha juga bagi aku hepi . 
hahaha. thanks guys ^.^

jujurnya , aku sedeh tinggalkan dan ditinggalkan korang . tapi korang hilang kan sedeh aku dengan gurau korang . tawa korang . terutama si kecik (mamat) . even sakit hati . tapi still boleh buat aku gelak . hahaha. thanks dude (my partner)

oklah, ni cerita ringkas aku . nanti dah sampai kolej, insyaAllah . aku update yang full nye ye ^.^


terima kasih korang, terima kasih sangat2 . nama korang akan dimention post akan datang . hehe.

 

pray 4 my safe journey n da best in our life k?
^.^

Friday 24 February 2012

LoronG Si KeciL

aku pernah ada .
seorang manusia bersahaja.
kembara merata-rata .
hingga tak tahu kemana akhirnya arah tujunya

berhenti di sebuah lorong .
terasa hati terdorong .
mengintai apa yang terkurung .
dalam sangkar yang bergelung-gelung .

mendekat melunaskan hajat .
sampai rapat baru terperanjat .
ada si kecil berwajah pucat .
ingin dibelai penuh erat .

melihat anak matanya yang jernih .
lantas pilu terasa di hati .
manusia mana bisa lakukan sebegini .
sedangkan dia si kecil yang terpilih .

mengharap ada yang sudi membawa cahaya .
agar sinar sikecil yang bertarung nyawa .
masih ada .

Wednesday 22 February 2012

Atap PertemuaN

Secara kejut hati ku terasa .
bila ku pandang jauh wajah mu .
apakah kita masih mengingati .
detik dulu yang cemburu pada kita.

di bawah jambatan bercengkerama .
mobil dan motokar menjadi melodi .
ketawa tak lepas digusi .
hingga tangan dan kaki turut sekali .

namun sekarang lenyap sudah bayangan .
seperti hilang dilenyek kontena .
seperti lesap dihirup air sirap .
seperti lumat dihentam lesung .

walau kita bermula lagi .
mungkin di bawah atap pertemuan .
lapiknya zink berlubang banyak .
hingga rintik hujan mampu menembusi .

Monday 20 February 2012

RunguT? Sudah-sudahlah ..

Assalamualaikum n salam sehat sumer ^^,

Pasti korang pernah jatuh luka berdarah . Jalan jauh hingga hujung daerah sampai lelah . Harapan meninggi akhirnya kecewa tak sudah . Usaha bersungguh tapi tiada hasilnya . Jatuh rebah hingga tak mampu bangun semula . Terus menyalahkan diri yang lemah . lungai . lembab . tak guna .


Masa itu manusia hilang arah . punca . dan tujuan . segala2nya menyalahkan takdir . saat itu fikirkan tiada gunanya hidup . tak gunanya berusaha . tak gunanya memerah keringat . kalau apa pun tak dapat .


Padahal , mereka tidak tahu ada yang berharga menunggu dihujung hidup mereka . kita manusia ada kelebihan . pasti ada . asalkan kita cari dan gali . cahaya itu ada pada jiwa setiap hamba-Nya yang sedar dan kuat berusaha .

Sebenarnya lagi kuat kita berusaha lagi banyak kita tahu akan apa yang orang lain tak tahu . Ianya kelebihan kan kan kan?

Kenapa perlu rungut?

ada orang lagi hebat dugaan pada dia . tapi kenapa masih boleh teruskan hidup? 
ada orang hidupnya daif dan miskin . mengapa mereka masih boleh makan bahkan kerja pun ada . 
ada orang nak berjalan pun payah . nak bergerak pun susah . masih lagi mampu teruskan hidup . 

Kenapa ? Kenapa ? Kenapa? (*bukan lagi Kenapa ye?)

Sebab mereka percaya pada diri mereka . sekiranya kuat berusaha dengan bergerak. pasti ada 'untungnya' menanti dalam hidup kita . bukan duduk memikirkan kekurangan yang ada pada diri .  (*jangan byk sgt rungutan k?)

So guys, LIFE must go on . Berjuang lah seperti berperang . Lagi baek dari main game perang 2 =.='

kongsi sikit lagu ni



Sunday 19 February 2012

Saje Curik Masa . Kidnap!!!

assalamualaikum n salam sehat sumer ^^,

Di kesempatan engineer2 lain pegi meeting , aku sebagai trainer mengambil peluang mengupdate entry aku . Peluang yang ada jangan tinggalkan , cepat2 grab .(*padahal boleh jer buat bila2 masa =p)

>.<!!!

Sebenarnya, aku tengah kebosanan asyik buat benda yang sama dalam masa 3 minggu ni . asyik buat PMP je . aku pun tak taw PMP tu apa , tapi buat je . belum smpat tanya dh la banyak giler model . 200 beb .. mau pecah urat-urat saraf kat tempurung kepala aku ..


Tapi yang pasti prektikel kat sini syok . aku tak taw pasal ape . yang sure , mostly engineer and technician sini sume friendly . tak lupe operator yang terlampau ramai yang sedap mata memandang . ahaks . kantoi sudah .. bukan tu lah aim aku prektikel , ak nak cari pengalaman (*umum giler , pengalaman ape? haha. fikir2kan ye )


sepanjang hidup aku , ini lah first time aku bekerja . masa lepas SPM dulu , mana lah aku kerja amik lesen . bela badan . haha . perkara normal bagi yang tak kerja untuk lepasan Sijl Paling Mudah dulu . jangan korang cakap tak penah . ada jugak yang makan loyang nanti =p

=.='

best gak kerja , rasa cam tak nak masuk kelas dah lepas ni . haha.. takleh takleh . hidup kena truskan jugak , mana boleh berhenti tengah jalan kan? Islam kan mengajar melakukan sesuatu perkara sehabis mungkin .
so do ur VERY VERY VERY best!! Yeah!!

eh, rasanya aku tak pernah lagi kan citer pasal tempat prektikel aku kan? Tak pe , nanti entry lepas ni aku kongsikan kat korang ye .
mana lah tahu ada yang tengah cari tempat prektikel ha ..

k, see ya . sayonara . nak sambung kerja ^^,



BE PRODUCTIVE !!

Assalamualaikum brothers and sisters . ^^,
MODE : Inggeris sat =p

PRODUCTIVE MUSLIM IS NOW IN MALAYSIA . YEAY!!!
but unfortunately i cannot go . wooo ~ so sad . =(



The speakers are the CEO and FOUNDER of ProductiveMuslim.com , Mohammed Faris . From Malaysia we have duo which are Dr Zaharuddin Abdul Rahman and Dr Harlina Halizah Siraj

This morning . i watched a talk show named "Assalamualaikum" on TV Al-Hijrah and impressed with the vision and objective for this seminar being held . He wants to guide or share with us on how to be a productive muslim in all aspects .

In working . Student . Family . Organization . and in our Ummah . im really impressed (even not really focus 100% =p) but still, that was awesome . being a productive is what we have and must in our life . but the question is , what is the methode to become productive ? The answer is in this seminar ..

Badly, i cannot go this seminar, because still in in-plant training. but i want the t-shirt of productive muslim . can i get it, without going there? hehe. but hopeflly, there will be again this seminar like this, even i do not go but i can feel the excitedment for this seminar ..

so any information you can log on to their official facebook :
http://www.facebook.com/productivemuslimtour2012

salam barakah guys ^^,

Waktu AkAn Hadir JuGerr..

Assalamualaikum n Salam Sehat sumer-sumer yang ada ^^,
(ni entry aku paling pendek . biar aku bermula sedikit tapi berterusan . boleh kn?)

Dingin pagi tadi , nyaman berhembus sepi . Mak sedara den bagitaw kat den . yang mak kepada pak sdara aku meninggal . seriously masa tu aku terpingga-pingga . aku jawab bukan dah bagi taw ke semalam .
"Mana ada.." . aku jadi pelik . oh semalam masuk hospital . pagi tadi meninggal . meninggalkan dunia .

Baru lah aku sedar . masa tu jugak aku fikirkan tok aku yang masih lagi hidup (alhamdulillah) . agaknya apakah aku akan kuat hadapi saat tok aku pergi nanti . lantas aku fkir , bila pula masa aku nanti . kita tak tahu dan tak pasti . yang pasti mati itu pasti .

Terkadang kita sedar tapi hanyalah sedar . Terkadang kita tahu tapi hanya tahu . Aku juga masuk dalam golongan macam tu . yup!! aku ngaku . kita juga mungkin macam tu . mungkin tak semua cuma segelintir ..

Pernah masa tu aku bergetar bila mengenangkan masa mati . tapi sekarang aura itu seakan pudar . namun tiba semula rasa itu bila fkirkan . tidak bergetar kuat , ckuplah menyedarkan . aku harap berterusan . mudah2an

Namun sayang, aku tak dapat pergi ziarah Allahyarham buat kali terakhir . untuk ku lihat wajah si mati yang ku pasti sayu dan aman disana . moga tenteram rohnya bersama orang-orang yang beriman . insyaAllah

so , pada sesiapa yang masih punyai insan yang tersayang . insan yang rapat . hargai masa kalian dengan mereka bersama-sama . kita tak tahu dan tak pasti bilakah kali terakhir kita akan bersama mereka

Aku nak share skit pasal SAAT-SAAT KEMATIAN . ambil lah masa baca . tak salah tak rugi . kan? =)


inilah 'rumah' terakhir kita

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
*sori lama tak update blog ni . sebab terlalu busy dengan prektikel .. adios ^^.

Sunday 1 January 2012

BukA PeenTu ~

ASSALAMUALAIKUM n SALAM SIHAT guys !!
Rasanya belum terlambat lagi aku nak wish .

HEPI TAHUN BARU!!!
Mana aku kutip pic ni, hee~
Malam tu aku pergi sambutan kat tempat aku aka kat Kulim ni ha, kampung terchenta aku . hehe .
Aim pertama aku pergi sambutan tu sebenarnya nak jumpa member lama aku . bila call je dia, dapat voicemail . memang best la, aku memang suke dengar suara pompuan tu ulang banyak kali . hehe =p

Tak pe lah , aku pun tunggu dengan sepupu aku . actually, aku pegi dengan pak n mak sedara aku . pergi je la . aku pun tak tau ape perasaan aku masa pergi sana . yang aku alert ialah, segelintir remaja sekarang . aku risaukan zaman akan datang nanti . apa yang aku nampak depan mata aku masa itu , apakah akan terjadi masa depan nanti . erm .. ianya bergantung pada sekarang ..

masuk je kul 12 . bum . bum . berdetum !! macam biasa la bunga api , lepas tu selawat . 4 me dats great . Alhamdulillah . habis je acara . balik la . sampai je terus aku on9 . haha . tak da kerja lain =.='

Aku tengok , ramai wish . ada update status . hantar mesej . dalam blog . cuma vlog je aku tak jumpa .
Apa yang diaorang update , banyak pada azam diaorg tahun ni . bagi aku tak kisah pun azam korang apa , yang penting LOGIK dan BOLEH BUAT .

Ada satu member FB aku , status dia "dont just SAY it, MENTION it but PROVE it" . bagi aku status yang selamat dan meyakinkan . hee~ n im kinda luv it ...

AZAM aku? Tak banyak dan tak sikit . tapi insyaAllah aku yakin aku boleh .

ni list AZAM aku .

  • Habiskan prektikel aku . (lama lagi)
  • Habiskan pengajian aku tahun ini . (lagi 2 sem je)
  • Dapatkan kamera DSLR Canon 600D , hee~ . (mengidam ni)
  • Mantapkan skill editing gambar aku . (yah!! passion aku )
  • Cari calon isteri , muahahaha.. (ops !)
  • Jadi makhluk sosial lebih matang . (selama ni budak2 ke?)
  • Nak dapat berat badan ideal . (yang ni mesti!)
haha . terasa banyak la plak . tak pe, aku tahu aku buleh buat . asalkan ada yang MENGINGAT . sebab kita ni manusia . tak kan larinya dari lupa kan .
tak pun nanti aku list kan semua ni as my target list kat column sebelah . boleh la tgk tiap2 hari .

habis kata . tak kesah macam mana pun azam kita , matlamat kita , impian kita . ia bukanlah sesuatu yang perlu diketawakan . beri support , beri sokongan . even kecil , kalau ia mendatangkan happiness kat dia , why not, kan?

okee ~ selamatlah korang dengan tahun baru dan azam baru tahun ni ..

p/s : baibai 2011 (>.<)