Wednesday 30 November 2011

The BeginninG

Dah macam tajuk cerita filem je tajuk entry aku kali ni, tak pun macam tagline untuk movie... haha *SENGAL

DISEMBER. DECEMBER. or DICEMBER (ayat member aku)
aku taip dalam google and click search  . *dengan harapan ada something interesting* = =

yang keluar semuanya pasal winter . meri kerismas . santa kalaus . hadiah . pokok segitiga .
*dissapointed *


Ada suria di tengah salji yang terkumpul . Indah ~

Apakah benar begini warna salji? hurm ..

tak pe la bukan ada apa-apa pun . yang pasti bulan DICEMBER ni aku akan pergi practical in-plant . agak-agak apa la yang akan terjadi ye masa practical nanti .
tak pernah pun dalam hidup aku pergi in-plant ni .
well , wish me da best guys ..

ni nak share skit nukilan suke-suke . hee~

Salju Pertama

Dulu terik di tempat ku,
bahang terasa di seluruh tubuhku,
bermandi peluh hingga lesu
Saat itu,
Hadir nya kamu,
membasahi seluruh tubuh-tubuh layu,
hingga lencun pada hatiku,
tinggallah si air pada tika itu

Masa itu,
Sebuah kejutan menerjah akalku,
salju pertama gugur di pandanganku,
terasa dingin yang bukan selalu,
bagai mendapat nafas baru,
salju pertama saksi ku,
untuk ku tahu apa ku mahu,
sebelum berakhirnya musim itu.

Sunday 13 November 2011

Sejel PalinG MabeLes =)

YEAH !!
Terasa bahang semakin membara,
bara semakin ku genggam,
biar berdarah pada tangan,
takkan ku lepas kerna ku punya azam ..

CHAIYOK!! GANBATE!!


To All SPM candidates, especially my bro Iz, kazen2 aku Akmal, Iqmal and Miza .
COME ON guys, do ur level best !!!
(we all pray for u)

Manusia diberi pilihan dalam memilih, pilih la yang terbaik supaya kau tahu itu yang terbaik

terasa macam aku pulak yang amik SPM ni, ala lagipun SPM tu kan, Sijil Paling Mudah . huhu..
(mudah tang mana cek tak taw)

Friday 4 November 2011

BerMuLa SeMuLa. Start AgaiN

Salam dihulur pembuka pengenalan,
Ku hulur senyuman,
Senyum la BALIK!! =D

Ewah, berpantun plak =.='

Assalamualaikum n good days kepada semua . Harap sihat2 aje semua ye ..
Sebelum apa2, baek aku perkenal diri aku dulu ...

" Nama saya Kamal Khairi bin Rosli . Nak panggil apa2 pun boleh asal best . Asai Kedah, tapi duduk kat Kelantan. La ni blajaq kat Kajang . Kolej swasta . Umuq cek, 20 tawun . Tak kawen lagi . Ada apa2 nak tanya lagi tak?? "
Itu je la serba sedikit pasal aku, dah macam zaman sekulah lak, cuma tak da hobi dengan cita2 je lah, hahaha..

Ikutkan ni dah blog yang ketiga aku buat, KETIGA . Bukan KEEMPAT .. huhu .. sebab? biar aku jelah yang tahu.

Blog kali ini insyaAllah aku akan selitkan apa2 je yang aku rasakan perlu dikongsi. Tak kisahla pandangan aku ke, tips ke, karya2 aku ke, gambar muka aku ke , apa2 aj


Merangkak belum mengenal hidup, baru nak 'hidup'

JALAN KAKI
Sebab Jalan Kakee? sebab tak berlari .. haha.. saje tarik kaki (pulling your legs)


Bagi aku, Jalan Kakee ialah permulaan kita untuk mengenal hidup ni, kalau kita tak berjalan kita tak kan taw apa yang berlaku kat dunia . Mesti ada yang terfkir, bukan Buka mata or Merangkak or Meniarap dulu ke kita baru kenal dunia .. Betul, aku tak nafikan salah, cuma itu semua adalah proses HENDAK kenal hidup .

 

Sekadar membuka mata, hanya melihat bukan merasakan hidup

Aku saje pilih hitam, senang sikit nak cepat . Nanti akan di edit semula . Guna warna biru, sebab aku suka biru ~ I LYKE BLUE